Panduan Latihan Kawad Kecemasan

避灾练习指南

1. PERATURAN-PERATURAN SEMASA MENGOSONGKAN BAGUNAN OLEH MURID-MURID
Apabila mendengar isyarat/loceng kecemasan, peraturan-peraturn berikut hendak dipatuhi:
1.1 Berhenti daripada membuat semua kerja.
1.2 Berdiri di sisi meja tanpa megemas alt-alta persekolahan dan buat barisan.
1.3 Berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap dan tanpa kekecohan.
1.4 Jangan berlari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
1.5 Apabila sampai di tempat berkumpulan, buat barisan mengikut darjah masing-masing.
1.6 Murid-murid yang berada di bilik lain seperti di tandas, perpustakaan, kantin dan pejabat hendaklah bergerak terus ke tempat berkumpul mengikut darjah masing-masing tnapa balik ke bilik darjah.
1.7 Bila berkumpul di kawasan selamat, murid-murid mesti mengawal disiplin diri dan sentiasa mematuhi arahan guru-guru.

2.UNTUK PERHATIAN GURU
Kalau ternampak kejadian kebakaran:
2.1 Bunyikan loceng isyarat yang paling dekat sekali dengan kita.
2.2 Lawan api itu dengan alat-alat pemadam api yang ada, jika api itu kecial dan tidak mengancam keselamatan diri.
2.3 Keselamatan murid-murid adalah yang paling diutamakan daripada yang lain-lain.

3.BILA MENDENGAR BUNYI LOCENG
3.1 Guru dan kakitangan yang bertanggungjawab/bertugas hendaklah menghubungi bomba dengan segera.
3.2 Pengosongan bangunan hendaklah dilakukan dengan segera.
3.3 Murid-murid, kakitangan/guru yang berada di mana-mana sahaja dalam bangunan sekolah hendaklah bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.
3.4 Guru-guru yang berada di dalam kelas mesti dengan segera memberi arahan kepada murid-muridnya beratu dengan senyap dan membawa mereka ke tempat berkumpul.
3.5 Guru penyelaras Jawatankuasa Kecemasan hendaklah membawa Buku Daftar Kedatangan ke tempat berkumpul supaya guru-guru dapat mengambil kedatangan murid-murid.
3.6 Jika terdapat murid-murid yang berada di dalam tandas semasa berlakunya kecemasan, guru harus membawa murid-murid itu ke tempat berkumpul dengan segera.

4.MENGOSONGKAN BANGUNAN
4.1 Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat yang selamat (tempat berkumpul) yang telah ditetapkan dengan cepat, licin dan tanpa kekecohan.

5.TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH/ PERPUSTAKAAN/ BILIK TV/ BILIK GURU/ KANTIN SEMASA BERLAKU KEBAKARAN.
5.1 Pastikan semua murid telah keluar dari tempat-tempat tersebut.
5.2 Pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup sebelum meninggalkan tempat-tempat tersebut.
5.3 Tutup semua kuasa elektrik.